Case #49 - Patung yang kaku, dan tangan yang lembut


Annabelle berasa tertekan, dan pilu. Beliau membawa anak patung kecilnya dengannya, dengan tangan kaku kayu yang kecil. ' Ini adalah saya' , katanya. ' Tangan saya kaku, seperti Zombie. Hati saya pula pilu. '

Dia mendedahkan bahawa ibu bapanya bergaduh dengan teruk sepanjang pembesarannya, dan ini menimbulkan perasaan ketakutan dan kekerasan di dalam dirinya. Sebegai seorang dewasa, dia hidup dalam kesukaran, dan mengining mencari sedikit kelembutan. Tetapi anak patung itu menunjukkan betapa kakunya dia rasa.

Saya mendengar dengan teliti, dan berasakan hati saya kian terbuka - dia sememangnya dalam kesedihan. Pada masa yang sama , saya mempunyai pemikiran yang lucu, yang seolah-olah hampir tidak berkaitan- dimana zombi-zombi berjalan di keliling , dalam imej yang bodoh-kelakar seseorang boleh membayangkan mengenai zombi . Jadi saya berkongsi dengannya hubungan dalam saya dan kerisauan kepadanya, begitu juga pemikiran gila dan lucu ini mengenai zombi. Saya tidak mahu kelihatan seperti tidak menghormati , tetapi di samping itu saya juga mahu memasukkan unsur-unsur yang lain mengenai saya.

Dia terbuka sambil mendengar ini. Saya mencadangkan kemungkinan kami juga boleh melakonkan adegan dengan ini. Maka, kami berdiri dan , sebelah menyebelah , berjalan-jalan sebagai zombi - berjalan ke arah orang ramai dalam kumpulan. Kebanyakan orang ketawa bersama-sama , menikmati kegilaan-kelucuan ini. Manakala ada beberapa orang yang sememangnya kelihatan dalam ketakutan, jadi kami mengelilingi mereka. Hanya menganggaplannya sebagai satu pengalaman yang bodoh- lucu. Annabelle duduk semula, dan saya dudu berhadapannya, sambil memerhatikan keadannya.

Eksperimen ini telah melembutkannya, membantunya untuk menjadi lebih terbuka. Dia duduk dengan anak patung kecilnya , memegang tangan kecil patung itu, sambil berkata mengenai bagaimana kakunya ia .. tetapi dengan meraba-raba ia, kemungkinan ianya akan menjadi lembut.

Jadi saya menganggap ini sebagai petunjuk , dan mengambil kedua-dua tangannya sambil tangan saya dan meraba lembut tangganya. Dia berpaut pada tangan saya, seperti kanak-kanak kecil yang mencari keselesaan . Saya merenungnya untuk mengukur bagaimana pengalaman ini untuknya, dan saya dapat melihat tangannya mula berasa lembut. Saya terus menggosok tangannya, dan memberitahunya apa yang saya rasa. Saya dapat merasakan keamatan tenaga di tangannya. Jadi, semasa dia melaporkan tanggannya semakin kurang kekakuannya, lalu saya meletakkan tangan saya di riba saya , dan membenarkannya untuk menggosok tangannya pada tangan saya, dia melakukannya, secara perlahan-lahan . Saya menyedari betapa banyak tenaga di dalam tangannya. Dia sedang mendalami hatinya, perasaannya, dan kekal dengan saya sepanjang proses ini.

Dia bercakap tentang bagaimana dia membayangkan kedua-dua tangan saya adalah ibu bapanya, yang berasingan, tetapi kedua-duanya masih ada. Dia menyentuh kedua-dua tangan saya dengan penuh kasih sayang, dan perasaan pilu . Kemudian dia mengangkat anak patung kecil itu, dan meletakkan mukanya pada jari-jari saya. Kemudian dia mengambil kedua-dua tangan anak patung itu, dan menghubungkan dengan salah satu tangan saya, dan lengan yang satu lagi dengan tangan saya yang lain. Dia berkata , walaupun ibu bapanya berasingan , saya boleh menyambungkan kedua-dua mereka .

Masa ini adalah amat mendalam, kesedihan dia merubahkan kualiti dirinya dari terperangkap dan runtuh , kepada hati yang terbuka, dan mengalir. Tangannya relaks, dan setiap bahagian badannya bernafas, pada masa kino, dan bergabung. Ini merupakan satu pengalaman yang mendalam untuk dia, dan juga bagi saya, dan selepas itu dia berasa perasaan yang mendalam dengan keamanan dan integrasi.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther