Case #61 - Keselesaan dengan perasaan seksualiti


Linda berumur 33 tahun dan bujang. Dia melaporkan bahawa dia mempunyai banyak kawan-kawan lelaki, tetapi mereka semua hanyalah 'rakan-rakannya' . Mengenai kemungkinan perhubungan romantis di antara mereka, dia mendapati sukar untuk keluar dari perhubungan hanya rakan. Tujuannya dalam sesi ini adalah untuk menerokai sesuatu yang belum diketahuinya lagi di dalam dirinya.

Saya mula berhubung dengannya, memberitahunya mengenai sifat keterbukaan saya dan minat saya dalam 'benda yang belum diketahui'. Saya mengatakan bahawa kami tidak tahu-menahu mengenai sesama sendiri, jadi memberitahunya saya ingin tahu lebih mengenainya, dan menjemput rasa ingin tahunya mengenai saya. Dalam Gestalt kita bercakap mengenai 'kekreatifan yang senyap' mewakilkan ketidakpastian atau kurang penjelasan. Ini adalah tajuk asas yang boleh mula diterokai, dan dalam melaksanakan Gestalt adalah melibatkan ahli terapi untuk berasa selesa dengan yang perkara yang tidak diketahui.

Dia bercakap mengenai menjadi seorang 'gadis yang baik' dan bagaimana dia mahu ibu bapanya keluar dari keperanan hidupnya. Dia bercakap bagaiman cara mereka telah mencela teman-teman lelakinya, dan bagaimana dia melompat keluar dari tingkap untuk bebas dari pandangan mereka. Dia ingin berkebolehan membuat keputusan dirinya sendiri, dan membina kehidupannya sendiri. Tetapi dia mendapatinya amat sukar .

Dengan mengaitkan semua ini, ia adalah sah mengenai seksualitinya. Sebagai seorang 'gadis yang baik', ini telah menghalangnya untuk menikmati sepenuhnya seksualitinya dengan lelaki, dan disebabkan itu perhubunganan tidak dapat melepasi peringkat hanya kawan... dan dia juga berkata, malah jika mereka mencuba, dia cenderung untuk kembali mejadi hanya rakan lagi.

Jadi cabaran untuknya adalah bagaimana untuk menyokongnya untuk menjadi lebih secara semula jadi dengan keseksualitinya. Saya bertanyakan di dalam dalam kumpulan wanita-wanita itu jika ada sesiapa yang menganggapkan diri mereka sebagai seorang 'gadis yang jahat'. Hanya satu orang(Martina) yang menaikkan tangannya. Saya memintanya untuk bercakap dengan Linda mengenai itu. Dalam Gestalt kami bekerja dengan sokongan, dan dalam mendedahkan keseksualiti mereka, ini adalah amat penting - merasakan dirinya tidak keseorangan, dan ia juga mengurangkan rasa pendedahan, dan merasalan semangat kekitaan- secara dasarnya menjauhkan diri seseorang dari alam kemaluan.

Martina berkongsi bahawa kepadanya bukanlah khususnya mengenai gadis yang baik atau jahat, tetapi menjauhkan diri daripada definisi orang lain yang baik dan jahat, dan memahami apa sebenarnya yang dia mahu, atau apa yang sesuai untuk dirinya . Jadi saya kembali bertanyakan pada Linda, apa yang dia rasa. Dia berkata dia secara amnya tidak berhubung dengan badannya, jadi itulah sukar untuknya tahu apa yang dia rasa atau mahu. Jelas sekali, ini adalah penghalang kepadanya untuk memahami keseksualitinya!

Jadi dengan berhati-hati saya menjemputnya untuk melakukan satu eksperimen, memberikannya banyak pilihan dalam penglibatan, dan kemampuan untuk berhenti jika dia mahu. Saya juga menjelaskan sempadan eksperimen itu: dimana ini hanya boleh dilakukan dalam kumpulan itu, dan orang yang menyertai eksperimen itu hanyalah semata-mata untuk menyokongnya. Ia adalah sangat penting untuk menetapkan dan meletakkan sempadan apabila berkaitan dengan bidang seksualiti. Saya menyuruhnya untuk memilih seorang lelaki yang dia paling tertarik di dalam kumpulan itu.

Saya meletakkan mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain. Saya bertanyakan kepada Linda apa yang dia rasa. Sedikit gementar, tetapi itu sahaja. Kemudian saya memintanya untuk bernafas, mengerakkan tenaga didalam tubuhnya, sambil merenungnya. Dia melakukan ini, tetapi sejurus selepas itu berkata 'dia tidak lagi kelihatan menarik pada saya. Dia telah melakukan penukaran 'rakan' - mengembalikan tenaga seksualitinya, jadi saya menekankan isu itu kepadanya, dan bertanyakan padanya jika dia benar-benar sanggup untuk melangkah ke alam yang tidak diketahui. Di sini saya menggunakan niat asalnya sebagai sokongan untuk membantunya mengambil risiko. Hakikatnya yang dia telaha mengatakan mengenai ini mencadangkan pada saya yang kemungkinan dia telah bersedia untuk menghadapi situasi itu.

Dia bersetuju, jadi saya memintanya untuk mengawal pernafasan, sambil merenung lelaki itu, dan merasakan perasaan kenikmatan di dalam tubuhnya. Pada mulanya hanya sedikit . Tetapi selepas beberapa waktu, dia berasa keseronokan di bahagian atas badannya. Saya terus menggalakkannya, dan mengarakannya untuk meneruskan pernafasannya. Selepas beberapa ketika, dia membenarkan dirinya untuk merasai kenikmatan yang bergerak ke bawah, ke bahagian perutnya dan lebih bawah lagi hingga sedikit ke pinggulnya. Teman eksperimennya memberi beberapa maklumbalas tentang perubahan yang dirasainya dalam proses itu, dan kemudiannya kami berbincang mengenai itu untuk seketika.

Ini adalah satu langkah yang besar untuknya, kerana dia tidak pernah dapat merasai tenaga seperti ini dalam kesedarannya, di dalam tubuhnya di luaran dari seks sebenar. Dia tidak menyedari kuasanya, bagaimana untuk mengawalnya di dalam, kekal dengannya , atau membawanya ke dalam perhubungan dengan seorang lelaki. Bekerja dengan seksualiti adalah satu arena yang berat dan mencabar dalam psikoterapi . Pada masa tertentu ia boleh dianggap sebagai penyalahgunaan melainkan ahli terapi itu menjelaskan mengenai sempadan mereka . Walau bagaimanapun , adalah penting untuk tidak menjauhkan diri daripadanyanya juga, kerana seseorang memerlukan sokongan , dan mereka tidak berkemungkinan untuk mendapatkannya dari mana-mana sahaja.

Eksperimen ini telah direka dengan teliti untuk memindahkannya ke alam 'yang tidak diketahui ', namun dengan sokongan yang banyak, dan pada kadar kelajuan yang yang sesuai untuk dirinya. Kami boleh bekerja dengan 'kemestian' dengan ibu bapanya , tetapi dia sebenarnya telah bersedia untuk satu pengalaman yang baru, dan penat ketinggalan, jadi dia sanggup untuk mencabari dirinya.

Kebanyakkan orang menghalangi kesedaran diri mereka; kecenderungan seksualiti merupakan satu-satunya arena yang dihalang apabila ada sesuatu di dalam diri seseoang terhalang. Kadang-kadang ini adalah disebabkan oleh trauma, tetapi pada masa yang ia adalah disebabkan oleh situasi sosial/keluarga yang tidak menggalakkan perasaan seksualiti itu. Dalam usaha untuk memulihkan perasaan ini , terapi Gestalt tidak mensasarkan pada ' percuma untuk semua ' seksualiti, tetapi membenarkan keseronokan seksual secara semula jadi dalam mengambil dalam kewujudan kita - tidak dominan , dan juga ditindas.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther