Case #63 - Si tempang yang petah bercakap


Murray telah bekerja dalam pasukan polis selama 20 tahun. Kemudian, pada satu kemalangan, tiba-tiba dia mendapati bahawa dia telah kehilangan daya tahannya. Biasanya dia boleh melupakan apa sahaja emosi yang kadang-kadang dilaluinya. Tetapi pada masa itu ianya adalah berbeza. Dia mendapati dirinya tidak pulih.

Dia mengambil cuti untuk melepaskan tekanannya untuk seketika, tetapi dia telah benar-benar mencapai hadnya. Jadi beliau bersara daripada pasukan polis, dan membuka sebuah kedai di sudut sebuah kampung kecil. Hidupnya adalah baik, tetapi dia di dalam dia masih tertekan, jadi dia datang kepada saya untuk meminta pertolongan. Satu perkara mengenai Murray adalah dia bercakap sebatu dalam seminit. Dan dia adalah menghiburkan, dia menceritakan banyak cerita, dan setiap satu cerita bersambung dengan yang lain. Beliau secara amnya boleh bercakap tanpa henti. Saya seronok mendengarinya, kerana beliau sememang seorang pencerita yang baik.

Tetapi ia adalah sukar untuk memotong percakapannya, dan disebabkan itu saya tidak mampu untuk memahami perasaan sebenarnya untuk membawa ke permukaan perasaan itu, dan meneruskan dengan terapi yang lebih kukuh. Ini berterusan untuk beberapa sesi , setiap kali saya menghadapi cabaran yang sama. Saya memberitahunya mengenai pengalaman saya, tetapi ia tidak membuahkan sebarang perbezaan. Walaubagaimanapun, saya menyedari sesuatu. Murray berjalan dengan tempang yang tersendiri. Ia kelihatan seperti agak menyakitkan baginya untuk berjalan. Jadi di pertengahan salah satu ceritanya, saya menganggunya. Saya berkata, 'Saya menyedari polariti yang menarik' . Anda bercakap terlalu cepat, tetapi anda perlu berjalan perlahan-lahan.

Murray bersetuju, tetapi ia tidak kelihatan amat penting padanya. Saya bertanya lagi' jadi apakata anda bercakap perlahan sebagaimana anda berjalan?' . Ini adalah satu cadangan yang baru, tetapi ia masih tidak membawa makna kepadanya. Jadi saya mencadangkan satu eksperimen - dia berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu, dan menyepadankan dengan setiap satu langkah dengan satu perkataannya.

Apabila dia melakukan ini , sudah tentunya, dia terpaksa bercakap perlahan-lahan. Tiba-tiba dia memahami apa yang saya tunjukkan padanya- badannya telah mencuba untuk memperlahankannya, tetapi dia tidak mendapat bayangan itu. Apabila dia bercakap dengan perlahan , dia mampu untuk berperasaan - semua perkara yang dielakkan oleh percakapannya. Sebaik sahaja kami mempunyai akses kepada perasaannya, maka kerja terapeutik yang sebenarnya bolehlah mula ...

Dalam gestalt, kami memberi perhatian kepada ' fenomena ' - dalam kes ini , kelajuan ucapannya ( bukannya kandungan), dan kelemahannya. Dengan tidak melompat pada satu kesimpulan tetapi kepentingannya, kami membenarkan 'Gestalts' yang baru ( konfigurasi ) untuk muncul dan bersambung bersama. Dalam kes ini, polariti yag mendalam. Kami mencari polariti, kerana ianya sering menunjukkan perpecahan dalam personaliti seseorang, dimana ianya adalah cara mengelakkan kesedaran. Apabila perpecahan ini kembali dalam kesedaran, kami boleh bekerja dengannya, dan secara semula jadinya, seseorang itu akan bergerak ke arah integrasi yang lebih mendalam- walaupun mereka mungkin memerlukan sedikit pertolongan . Percubaan Gestalt ini lahir daripada pemerhatian ini , dan merupakan satu cara untuk meneroka perpecahan kesedaran ini, dan bukan semata-mata bercakap mengenai mereka, atau 'mengenali' mereka. Pengetahuan yang kami berminat adalah integrasi, dan perpaduan badan.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther