Case #64 - Pemilihan and tepat atau gila


Zac mempunyai masalah perhubungan. Teman wanitanya Marta adalah 'berkebolehan'. Dia kreatif, mempunyai personaliti yang berwarna-warni, dan berkongsi banyak nilai-nilai Zac mengenai masyarakat dan politik. Dia menerima Zac seada-adanya dia, sesuatu yang dia tidak pernah mengalami dalam perhubungan sebelumnya selama ini. Dia seronok bersamanya, tetapi terdapat perkara-perkara tertentu yang dia tidak setuju dengannya.

Marta mengambil ganja, dia tidak. Dia meminati pornografi yang ganas, tetapi Zac tidak. Dia mahu mempunyai berbilang pasangan seks, dia tidak. Marta suka keliarannya, tetapi ia membuatkan Zac menderita. Dia dapat melihat bahawa Marta adalah kurang stabil, tetapi dia merasakan yang dia boleh membantunya. Dia tidak mahu lagi mempunyai satu perhubungan yang gagal, jadi dia telah melekat dengannya selama 2 tahun. Tetapi dia sering reaktif, kekadang akan menjerit padanya, dan agak kurang stabil. Ia seolah-olah bahawa satu perhubungan yang amat sukar, namun, dia tetap tidak melepaskannya. Dia mempunyai idea yang cintanya boleh mengubah Marta, dimana keadaannya akan menjadi lebih baik.

Saya mengatakan padanya: bagaimana jika perkara ini tidak akan menjadi lebih baik? Bagaimana jika dia tidak berubah? Bagaimana jika dia tidak mahu berubah? Bagaimana jika dia tidak pernah bersetuju dengan monogami? Ini adalah soalan-soalan sukar baginya untuk mempertimbangkan. Saya bertanyakan kepadanya secara langsung, kerana dia lebih berhubung dengan fantasinya daripada realiti. Dan dia mengelakkan untu menhadapi dengan 'apakah itu', dan perasaannya tentang itu. Dia membawa dirinya dengan bermimpi tentang masa depan.

Gestalt memberi tumpuan kepada masa kini, dan terutamanya pengalaman kita pada masa sekarang. Orang-orang sering memerlukan sokongan untuk kembalik ke masa kini, dan Zac mempunyai cara-cara tertentu untuk mengelak pada masa kini. Dengan mengikuti proses ini, ia menjadi sangat jelas kepadanya bahawa dia tidak mahu hidup dalam suasana ini, dia tidak mahu berjuang dalam perhubungan yang sia-sia, dan jika Marta tidak mahu berubah, maka perhubungan itu tidak akan menguntungkannya, dan dia perlu melepaskannya. Saya berhati-hati untuk tidak mempengaruhinya. Pandangan kewujudan adalah apa sahaja yang anda memilih untuk melakukan dengan hidup anda adalah pilihan anda, dan anda hanya perlu bersedia untuk hidup dengan akibatnya, akibat yang boleh diramalkan atau tidak. Tugas saya di tempat ini adalah untuk menghadapkan seseorang dengan pilihan mereka sendiri, dengan akibat pilihan mereka, dan membantu mereka melangkah keluar daripada pagar itu dan memasuki ke dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah mereka tahu yang ia adalah mereka yang membuat keputusan itu, bukan orang lain, atau disebabkan keadaan.

Dalam kes ini, jika dia memilih untuk kekal dalam hubungan itu, maka dia perlulah jelas dengan bersama dengan seada-adanya dia, dan bukannya daripada agenda yang dibayangkannya. Ia adalah sukar untuknya melepaskan agendanya, tetapi apabila dia dapat melakukannya, maka dia boleh melihat bahawa tiada apa yang cukup untuknya.

Walau bagaimanapun, saya boleh mengatakan bahawa, sebagaimana rasionalnya situasi ini, ia tidaklah semudah itu. Jadi saya menjemputnya untuk memainkan perbualan untuk kedua-dua pihak - seseorang yang bersedia untuk melepaskan Marta , dan seseorang yang mahu memegang hubungan itu. Ia menjadi jelas bahawa bahagian yang memegang itu adalah dirinya sebagai seorang kanak-kanak, sangat beremosi. Bahagian yang ingin melepaskan perhubungan itu adalah dirinya yang rasional, yang boleh digoyah. Hanya kerana dia telah membuat pilihan yang 'wajar' dan rasional, ini tidak bermakna masalah itu telah selesai. Dirinya sebagai kanak-kanak, bahagian yang berperasaan, perlulah diambil kira dalam membuat keputusan itu. Ini telah mengambil beberapa perbualan yang mendalam antara kedua-dua pihak dirinya- bukan hanya kata-kata, tetapi perasaan yang terlibat di kedua-dua pihak.

Perlahan-lahan, satu persetujuan telah tercapai, seakan-akan satu perjanjian. Kata penutup telah tercapai, yang melibatkan dirinya sebagai seorang kanak-kanak. Tetapi saya tidak menganggap ini adalah pengakhiran cerita itu, walaupun sesi perbualan mereka telah berakhir. Ia adalah sesuatu yang saya perlu kembali dalam sesi-sesi berikutnya.

Fritz Perls memanggilnya 'topdog' dan 'underdog', dan sebagaimana cekap, jelas dan berfikiran lurus yang kita rasa, hakikatnya terdapat satu lagi bahagian kita yang mengurangkan ke arah topdog itu. Dalam kes ini, rasional dan wajar adalah tidak mencukupi. Oleh itu, kita perlu berhati-hati supaya tidak menyebelahi lebih kepada topdog itu.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther