Case #65 - Bersama-sama dalam kesedihan


Ibu Kathy adalah agak kurang stabil, dalam cara yang paling teruk. Sepanjang pembesarannyar, ibunya akan mencari jalan untuk mengkritik, menyerangan, dan menyalahkan Kathy dan adik-adiknya. Dia akan menyakiti emosi anak-anaknya, dan pada masa yang lain menghilangkan diri. Anginnya, kemarahannya adalah amat sukar untuk hidup dengan itu. Tetapi ada masanya, dia boleh menjadi murah hati, berbelas kasihan , dan menjaga semua keperluan fizikal anaknya.

Kathy mempunya masalah yang boleh difahami dalam perkahwinannya. Kadang-kadang dia boleh menjadi sangat penyayang, tetapi pada masa yang lain dia akan menjadi curiga dan tiada kepercayaan, dan boleh menjadi sangat muram dan kritikal dengan dirinya. Dia merasa ngeri dengan caranya yang seolah-olah mengulangi tingkah laku ibunya, dan dapat melihat kesan-kesan yang merosakkan ke atas suaminya.

Tetapi dia berasa tersekat, dan apabila dia dicetuskan, dia mendapati ia hampir mustahil untuk tidak kembali kepada tingkah laku ini. Dia tahu ini boleh memusnahkan perhubungannya, jadi dia datang untuk meminta pertolongan.

Dalam Gestalt kami bergerak ke dalam masalah itu dan bukannya melangkah jauh daripadanya. Kesukaran Kathy adalah bahawa dia menjadi seseorang yang dia tidak ingin. Kami melihat rintangan itu sebagai sebahagian daripada isu ini, dan kami tidak mahu mengambil bahagian dalam mencuba membantu seseorang menjadi berbeza. Jika tidak, kami hanya bersubahat menentang rintangan itu. Jadi saya menerangkan bahawa tingkah laku ini yang dia alami daripada ibunya adalah agak sadis. Kathy bersetuju. Saya juga menerangkan yang tingkah lakunya sendiri juga mempunyai kualiti itu juga. Ini adalah ayat yang dalam, tetapi Kathy dapat melihat kesahihan dengan cara ini dengan menamakan apa yang berlaku . /p>

Jadi saya menjemputnya untuk mengambil bahagian dalam satu eksperimen . Saya memberitahunya untuk hanya mengatakan ayat 'Saya mahu anda rasa kesakitan yang saya rasa' . Ayat ini dinamakan dasar perhubungan dinamik kesedihan itu. Kedua-dua ibu Kathy , dan kini Kathy, berada dalam kesakitan yang teramat, dan tingkah laku yang sadis itu terkandung sebuah asas kerinduan. Kathy cuba membaca barisan ayat ini , walaupun dia mendapatinya sukar , dan boleh merasakan kebenarannya. Dengan melangkah ke dalam kesadisannya dengan cara ini , dia boleh menerima ia .

Kemudian, saya membuat satu eksperimen yang lebih sukar dengan memintanya untuk membayangkan dirinya sedang bercakap dengan suaminya pada satu masa apabila dia berada di dalam salah satu anginnya. Dia mengulangi barisan ayat yang sama. Saya bertanya bagaimana dia merasakan di dalam tubuhnya , untuk memahami pengalamannya. Dia berasa loya , bercampur perasaan benci, malu dan keseronokan. Ini adalah pengalaman hati seseorang . Dengan melangkah terus ke dalam kesadisannya , dan perasaan yang mengiringinya , kita boleh mencapai teras dinamiknya, dari pengalaman dan bukanlah sekadar menerangkan apa yang telah berlaku. Dengan meletakkan Kathy di pertengahan pengalamannya, kemungkinan wujudnya pilihan menjadi jelas di sana.

Saya kemudian menjemputnya untuk bernafas , untuk mencari pusat dirinya. Langkah seterusnya ialah saya memintanya untuk menggambarkan ibunya, dengan senyuman yang sadis di mukanya. Sekali lagi, dia merasakan kebimbangan, ketegangan dan rasa loya. Saya memberitahunya untuk menghasilkan imej kukuh- dia fikirkan pada Buddha. Ini menenangkannya. Saya kemudian mengaitkannya di antara melihat ibunya, merasakan perasaan itu, dan kemudiannya melihat Buddha, dan menenangkan dirinya.

Saya menyuruhnya untuk membuat satu kenyataan kepada ibunya:'Saya berkait dengan anda apabila saya sadis.' Ini memperkenalkan satu lagi aspek perhubungan dinamik, di mana seluruh bidang telah dirujuk- perkara yang lama dan kini bersama. Dengan perbuatannya yang sadis, menyatukan Kathy dengan ibunya dengan cara yang dia tidak mungkin tercapai jika sebaliknya. Itulah bagaimana kita boleh menjadi seseorang yang kita tidak ingini.

Jadi dengan melakukan proses ini , menerima kesadisannya, menerima perkaitannya dengan ibunya, dan pada masa yang sama , merasakan perasaannya , dan mencari imej yang menenangkan, dia dapat memperkenalkan sesuatu yang baru dalam perhubungannya dan dalam tingkah lakunya. Dia berasa lega, dan dalam erti kata yang lain diperbaharui dalam terapi itu. Saya menyuruhnya untuk mengamalkan ini setiap kali dia merasa perasaan itu.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther