Case #70 - Keseriusan yang tidak diketahui


Saya menyedari Manuel meletakkan tangannya di atas dadanya. Dia berasa cemas. Jadi saya membiarkan sahaja- orang-orang sering cemas dalam sesebahagian tertentu dalam sesi. Saya memerhatikan seluarnya, kepelbagaian warna kelabu, dan membuat penyataan mengenai ini - adakah dia seseorang yang 'hitam dan putih', atau 'kelabu'?

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang juga turut berlaku dengan Manuel. Dia kelihatan sedih, dan tidak berminat langsung dalam soalan-soalan saya. Lebih kami menerokai kesedihannya, ia menjadi lebih kuat dan mendalam. Dia seolah-olah pendiam dan tenggelam di tempat itu. Ia adalah penting semasa dalam penerokaan, atau melakukan eksperimen Gestalt, kita memberi perhatian teliti pada tenaga seseorang, dan jika mereka tiada di sana, maka perlulah segera beralih arah, dimana tenaga itu berada.

Manuel bercakap mengenai dirinya sebagai seorang kanak-kanak yang nakal dan cepat marah sehingga ke sekolah menengah, dan kemudiannya menjadi pelajar terbaik di situ. Dia mendapati perhatian yang diberikan padanya adalah sukar, kedua-dua harapan tinggi, dan keirihan hati dari kanak-kanak lain. Jadi ia adalah sesuatu yang sukar untuknya, untuk dilihat oleh orang lain dalam cara ini.

Saya berkata dia tidak kelihatan nakal atau gatal sekarang - tetapi sangat serius. Adalah penting untuk mengaitkan cerita yang dikongsi seseorang itu mengenai dirinya dengan fenomena sekarang- kami mengatakan ini sebagai, penyambungan Arena Kesedaran. Saya bertanyakan padanya apa yang berlaku sebelum sekolah menengah yang menyebabkan perubahan ini, tetapi dia tidak dapat mengatakan apa-apa. Namun dia kelihatan menderita. Jadi saya bertanya berapa umurkah dia rasa pada masa itu. Dia melaporkan dia berumur 4 tahun. Saya bertanya apa yang berlaku pada masa itu. Dia menceritakan bahawa dia telah dihantar ke tadika berasrama penuh, tetapi dia tidak mempunyai kenangan spesifik tertentu.

Kami duduk di sana untuk beberapa ketika. Beliau kelihatan sangat mendalam, serius, tertekan. Saya bertanyakan mengenai pengalamannya. Dia berkata bahawa dia menenggelamkan ke dalam dirinya apabila dia berasakan kesedihan yang mendalam seperti itu- ia adalah amat sukar untuk dikongsi. Ini menunjukkan pendedahan, jadi saya memberitahunya bahawa saya berada di situ, statik, boleh dihubung, menyokong, dan berminat tentang perasaannya. Saya merasakan dirinya terbuka dan mesra.

Kami duduk di sana untuk beberapa ketika lagi. Rasanya seperti tiada apa yang berubah. Apabila saya memandangnya, dia kelihatan seperti mengalami kejutan emosi. Saya mengatakan mengenai ini kepadanya. Dia tidak menyedari keadaan itu. Tetapi ia adalah jelas pada saya bahawa 'sesuatu' telah berlaku, dalam lingkungan umur itu, yang memberi kesan mendalam yang merosakkannya.

Ia adalah penting untuk tidak 'menolak sungai. Apabila sesuatu tidak mengalir, kita hanya duduk dengan 'apakah', mengetahui bahawa apa yang muncul adalah mencukupi, dan jika ada sesuatu yang perlu muncul, maka ia akan muncul. Saat-saat yang disemarakkannya adalah apabila dia bercakap mengenai anak perempuannya, dan bagaimana dia tidak akan membiarkan anaknya dipaksa untuk melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan.

Ini adalah jelas bahawa- dia telah dipaksa untuk melakukan sesuatu: saya mencerminkan perbuatan itu kembali kepadanya. Sambil duduk dengannya, apa yang saya dapat melihat dengan jelas adalah keseriusannya. Saya berkata, 'saya menerima perasaan anda yang serius sekarang.' Ini memberi impak yang besar kepadanya. Jelas sekali, perasaan tertekannya telah dilimpasinya, dan dia telah mempelajari untuk menguruskannya secara dalaman. Dia telah melakukan ini seumur hidupnya, dan kini dia menghadapi seseorang yang melihat dia dalam keadaan itu, melihat betapa tertekannya dia dan mengambil perhatian kepadanya.

Ini adalah mencukupi. Isu itu tidak 'diselesaikan', kami tidak dapat mencari kejadian itu atau kejadian-kejadian. Tetapi dalam Gestalt kami mengejari kualiti satu perhubungan, dengan kesedaran yang penuh: yang itu sendiri adalah transformatif.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther