Case #8 - Kesangsian kepada lelaki


Gabriella mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun , dan sekarang sedang hamil 5 bulan anak pasangan hidupnya , Jose. Dia adalah teman lelakinya. Mereka telah bersama selama 2 tahun.

Dia dibelenggu dengan konflik perhubungannya terhadap lelaki. Jose seseorang yang sentiasa memberikan sokongan dan berpendapat terbuka. Dia juga mempunyai seorang anak yang berusia 9 tahun dengan wanita lain.

Gabriella menyimpan dendam kemarahan terhadap lelaki. Kisah hidupnya: Bapanya hidup menyendiri, tidak dapat dihubunginya. dan jarang memberi pujian kepada dia. Disebabkan itu, Gabriella membesar dengan hasrat bersama dengan lelaki yang baik,dan sentiasa berdekatan dengannya.

Jose sentiasa berdekatan denganya, tetapi teragak-agak untuk komited dan berkahwin. Dia berasa sangat marah pada Jose tentang perkara ini, dan disebabkan itu, mereka semakin jauh dari hari ke sehari. Tetapi Gabriella juga berasa takut sekiranya satu hari Jose akan meninggalkannya.

Diantara, dia harus kuat, dan melakukan apa yang sering dilakukannya atau tidak – dia mendapati bahawa dia selalunya dia terpaksa menjadi kuat dan bergantung kepada dirinya.

Masalahnya ialah, apabila dia berbuat demikian, dia hanya menjauhkan dirinya lagi daripada sokongan dan kebaikan yang diingininya . Jadi saya telah mengajak Gabriella untuk meluahkan perkara itu kepada saya – lagipun saya juga adalah seorang lelaki. Saya mengajak dia untuk berkongsi dengan saya apa yang dia rasa kurang percaya dengan lelaki . Lalu, Gabriella berkongsi secara langsung - 'Saya tidak mempercayai yang kamu berkelakuan baik, dan tujuan saya disini bukan semata-mata untuk kepentingan diri kamu sendiri' dan sebagainya.

Gabriella enggan berkongsi dengan saya semua perkara-perkara secara langsung, tetapi saya telah meyakinkan dia, dengan berkata bahawa saya adalah seorang yang stabil dan yakin dengan diri saya sendiri, justeru itu saya boleh menerimanya. Lantas, Gabriella terbuka hati untuk bercerita dengan saya mengenai masalahnya. Saya bertanya kepada dia apa yang dia rasakan pada masa ini – sedikit kebas. Jadi, saya memberitahu dia untuk bernafas, lalu meluahkan perasaannya. Gabriella sekali lagi berasa marah . Saya memintanya untuk memberitahu saya sekali lagi mengenai kemarahannya.

Kemudian, dia memberitahu saya, sambil menangis. Hakikatnya, dengan mendengar luahan hatinya, tanpa menolak atau memberi komen, ini telah menenangkannya dan menyentuh hatinya secara mendalam. Saya juga berkata bahawa saya mengambil berat tentangnya di dalam situasi ini. Dia mula menangis teresak-esak. Selama ini, Gabriella sudah terbiasa menolak mana-mana lelaki dengan kemarahannya, mengetahui yang masih ada seseorang yang berada disisinya untuk mendengar luahan hatinya, merupakan satu pengalaman baru untuknya. Sebaik sahaja dia bertenang, dia berkata bahawa ini adalah satu pengalaman yang sangat hebat dan tidak akan dilupainya. Dengan berkongsi masalahnya, matanya terbuka dengan mengetahui punca sebenar kemarahannya dan keinginan untuk memenuhi keperluan peribadinya, Gabriella telah memenuhi perasaan rindu yang dialami sejak zaman kanak-kanaknya.

Ini tidak semestinya pengalaman 'penyembuhan'selama-lamanya. Tetapi ia merupakan satu pengalaman baru yang cukup mendalam, dan disamping itu, Gabriella boleh mengintegrasikan ,dan menjadikannya sebahagian daripada dirinya yang baru; pengetahuannya, kekuatanya dan keyakinan dirinya supaya dia tidak akan sentiasa berasa terpaksa untuk ‘berpegang pada dunia'. Sudah tentunya, ini telah meningkatkan keupayaannya untuk menangani kelemahannya bagi mengujudkan kitaran positif dalam perhubunganan. Justeru itu, Gabriella berkebolehan mengakhiri perhubungannya dengan cara berbeza daripada sebelum ini.

Proses Gestalt yang terlibat memberi perhatian kepada konteks pengalaman, kemudian mengujudkan satu eksperimen untuk membolehkan satu pengalaman perhubunganan yang baru. Saya telah mengambil contoh sebagai diri saya, supaya saya boleh bertindak balas secara langsung dengannya, dan dengan itu mewujudkan sambungan ' I- Thou '. Saya telah memberikannya asas untuk perubahan dalam perhubungannya seumur hidup, dengan hanya memberi tumpuan kepada perhubunganan terapeutik.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther