Case #62 - Medusa


Tracy bermimpi. Dia telah membunuh seorang lelaki, dan memasukkannya ke dalam almari. Dia telah cuba untuk memastikan bahawa tiada sesiapa di sekelilingnya ternampak. Dalam fikirannya dia menyalahkan ibunya. Dia berjalan di sepanjang koridor dan bertemu dengan seorang lelaki, seorang ahli psikologi, yang juga seorang detektif. Tangan mereka berlimpas. Dia cuba untuk menyembunyikan perkara itu daripadanya juga.Tema muzik penjenayahan bermain. Kami memahami mimpi itu dengan cara Gestalt .

Saya menyuruhnya untuk menceritakan lagi situasi itu seolah-olah ia sedang berlaku pada masa ini- dalam aliran gaya kesedaran. Semasa dia berbuat demikian, saya akan menghentikannya seketika dan bertanyakan padanya apa yang dia rasa, atau hanya untuk maklumat - misalnya, mengenai lelaki yang dia telah membunuh . Kemudian saya memintanya untuk berlakon sebagai 'lelaki itu', dan bercakap seolah-olah dia adalah lelaki itu. Dia berkata Tracy adalah seorang yang kejam, pendendam dan ganas.

Apabila dia menjadi kembali dirinya, dia ketawa , mencebik , dan kurang selesa dengan perihalan itu. Seterusnya perjalanan dengan pakar psikologi itu. Dia bekerja keras untuk menyembunyikan fakta itu daripadanya. Kemudian dia memainkan watak sebagai pakar psikologi itu. Beliau berpendapat Tracy adalah seorang yang berkuasa, dan dia tidak akan dapat mengorek apa-apa rahsia daripadanya. Kembali kepadanya - Saya terus mengulangi keperihalan mengenainya- seorang yang kuat , kejam, pendendam, dan ganas. Dia menambah bahawa dia berasa sadis. Jadi saya meletakkan semua deskripsi itu bersama.

Saya menyuruh dua orang perempuan dari kumpulan itu untuk keluar dan berjalan-jalan, dengan memegang semua kualiti itu. Kemudian saya menjemput Tracy untuk melakukan perkara yang sama. Dia mendapati, ianya sukar, dan berterusan ketawa dan tersenyum , tetapi saya menggalakkannya untuk kekal dalam proses ini, dan merasakan dirinya sebagai seorang wanita yang tabah itu. Saya menyuruh seseorang untuk melakonkan tubuh yang telah mati itu dan seorang lagi untuk memainkan peranan sebagainya yang ingin mendakwa dirinya tidak bersalah, seolah-olah dia tidak akan menyakiti sesiapa.

Saya mengarahkannya merenung pada beberapa lelaki dalam kumpulan itu 'seolah-olah pandangan yang boleh membunuh ' . Dia berasa kekuasaannya , tetapi diselangkan dengan gelak ketawa. Walaubagaimanapun, dia berkata bahawa dia merasa sedikit kejahatan sambil di ketawa . Berketawa selalunya sejenis pesongan, satu cara yang tidak mahu menerima satu pengalaman. Saya memberitahunya untuk bernafas dengan perutnya- saya dapat melihatnya yang dia sedang bernafas dengan mendalam. Apabila dia berbuat begitu, dia melaporkan terasa seperti batu di perutnya. Kemudian dalam hatinya tersumbat. Saya menggalakkan perrnafasan itu, rasakan kekerasan batu itu, dan juga kekuasaannya.

Dia berkata ini adalah mengenai kali pertamanya penolakan dia alami dengan ibubapanya, dan keduanya, pengurangan perasaan seksualitinya. Dia merasakan seperti memegang pisau di tangannya, dan mahu bermain-main dengan pisau itu. Dia merasakan seolah-olah seperti Medusa ... yang boleh menjadikan lelaki kepada batu dengan hanya memandang mereka . Dia berkata bahawa dia mempunyai beberapa perasaan seksual yang menyeronokkan di dalam badannya. Dia kelihatan sangat berbeza sekarang - lebih serius, tidak lagi berketawa atau 'seakan-akan tidak bersalah' . Ini adalah titik penerimaan, dan bukanlah penolakkan, kekuasaannya. Dia boleh merasai di seluruh tubuhnya- dia sebagai seorang pembunuh, perasaan seksualitinya, kekuasaannya sebagai seorang wanita.

Dalam Gestalt , ia adalah penolakkan diri kita sebenar dianggap sebagai merbahaya. Apabila seseorang membenarkan sebahagian dirinya yang terlarang ke dalam kesedaran mereka, maka mereka boleh membuat pilihan yang penuh, dan dalam erti kata itu, ' bertanggungjawab' . Ini adalah kewujudan orientasi dalam Gestalt - tanpa memberi apa-apa penyelesaian atau arahan moral yang perlu dilakukan, tetapi memulihkan keinginan seseorang untuk menjadi sepenuhnya dirinya sendiri, dan dengan itu dapat membuat pilihan yang sahih.

Dalam sesi ini saya mengikuti pergerakan yang bertenaga, dan berterusan menumpukannya terhadap penolakkan dirinya- pencerobohannya, kuasanya dan lain-lain. Dia mendapati ianya amat sukar untuk kekal dan menerimanya sendiri. Dia mampu untuk melepaskan perkara yang dia ditelannya yang mana pada dasarnya patut dihadamkan .



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther