Case #60 - Kebencian dan Mencintai


Jeremy dan Mirada - sepasang suami isteri - melakukan senaman yang melibatkan penolakkan tangan sesama sendiri, untuk berhubung dengan pencerobohan mereka. Mirada menjadi sangat kecewa selepas latihan itu. Dia bercakap tentang perasaan marahnya dalam perhubungan, dan terperangkap dalam corak Jeremy. Apabila ada sesuatu yang penting untuknya, Jeremy akan berjenaka dan ketawakannya. Dia mengerami keadaan ini, dan tidak berasa keinginannya tidak ditemui langsung.

Jadi saya yang menghadapkan mereka antara satu sama lain, dan menjemputnya untuk memberitahu Trevor yang 'Saya membenci anda sekarang . Ini sebenarnya satu kenyataan yang sangat peribadi dan mendalam, dari sudut pandangan Gestalt. Ia tidak menyalahkan orang lain, bercakap tentang diri sendiri, dan adalah jelas dan bersih.

Dia berbuat sedemikian, dan dia pecah dalam gelak ketawa. Manakala pada masa yang lain, ini boleh menjadi jemputan untuk keseronokkan bersama, namun dalam konteks ungkapan langsung dan kepentingan perasaan, ia boleh dialami sebagai diperkecil-kecilkan, atau apa yang kita kenali dalam Gestalt sebagai 'pesongan'. Jenaka Jeremy bertopengkan asas ketidakselesaan dengan kemarahan Mirada, dan ini telah mengatasi dalam ketiadaan di tempat itu.

Jadi saya menyokongnya dengan membantunya dengan bernafas melalui perutnya, merehatkan rahangnya, dan menggalakkannya dengan menawarkan kesefahaman bagaimana sukarnya untuk Jeremy untuk bersama dengan Mirada di tempat itu. Dia mendapati adalah amat sukar untuk dia berada di situ, dan setiap kali dia ketawa, Mirada menjadi lebih marah, ini menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku dalam hubungan mereka.

Dengan sokongan yang banyak dan galakan daripada saya, dia mampu untuk berada di situ dan kekal serius ;kemudian saya menggalakkan Mirada untuk memberitahu Jeremy secara langsung, dan berkali-kali kenyataan, 'Saya membenci anda sekarang' . Mirada mengatakan ini dengan kekuatan, selama beberapa minit. Apabila dia merasakan bahawa keingininya telah cukup ditemui di tempat itu, dan berjaya menyatakan dirinya sepenuhnya, dia menjadi lembut, dan memberitahu Jeremy yang dia takut jika dia menunjukkan kemarahan kepadanya, Jeremy akan meninggalkan dia.

Saya mengundang Jeremy untuk meyakinkan Mirada bahawa ini bukanlah kes itu. Dia mula memberitahukannya yang dia juga berasa tidak selamat yang mana Mirada akan meninggalkannya, tetapi saya menghentikannya- Mirada sebenarnya belum selesai bercakap lagi , dan belum mempunyai ruang untuk mendengarnya. Mirada mula berasa tenang, dan kemudian mula memberitahu Jeremy betapa dia mengasihinya.

Kemudiannya dia berkemampuan untuk bercakap dengan Mirada mengenai perasaannya. Hubungan di antara mereka adalah kuat, dalam, boleh dirasai. Dalam Gestalt kami berminat dalam menyokong perhubungan yang sahih dan jelas. Apabila ini dicapai , segala-galanya lancar dari itu. Untuk berbuat demikian, seseorang memerlukan sokongan emosi, arahan yang mahir, dan pembendungan .



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther