Case #71 - Tiga permintaan


Navin menyebut bahawa dia menjayakan kelas kreatif dengan isterinya sebagai hobi. Saya berminat untuk mengetahui bagaimanakah isterinya- tabah dan kuat katanya. Saya bercakap mengenai pengalaman saya dengan isteri saya- juga kuat dan tabah.

Kami membincangkan bagaimana nilai-nilai ini kepada kami- menetapkan asas perkaitan. Dia berkongsi mengenai anaknya yang merupakan seorang anak remaja, dan hubungannya dengannya, adalah kukuh. Cara saya menerokai topik-topik ini adalah dengan berkongsi pengalaman saya sendiri. Dengan setiap soalan saya menanyakannya, saya juga memberikannya jawapan mengenai diri saya.

Navin bercakap mengenai kecenderungannya dalam menjadi agak pasif dalam rumahtangganya , dia sentiasa mengikut apa yang isterinya mahu. Sebagai contohnya, pergi ke restoran yang isterinya mahu. Walau bagaimanapun, ada satu masa, dia yang memilih tempat yang berbeza, kerana dia bosan dengan tempat yang sama. Dia terkejut apabila isterinya setuju dengan pemilihannya.

Jadi ini menunjukkan pada saya yang hubungan mereka adalah berdasarkan satu pelarasan yang mudah ditafsir mengikut sifatnya yang biasa. Saya juga berkongsi pendapat saya mengenai gaya saya sendiri di bahagian ini.

Saya mencadangkan satu eksperimen kepadanya. Dia diberi tiga permintaan, dan hasrat ketiganya mestilah dia meminta 3 lagi permintaan. Lalu saya bertanyakan padanya untuk membayangkan suatu hari itu, dari permulaan untuk menamakan apa yang akan dimintanya , secara langsung, dari isterinya. Kami melalui langkah-langkah itu hari demi sehari.. ia adalah sukar baginya untuk mengenal pasti perkara-perkara yang dia mahu ... jadi saya memberikannya pelbagai cadangan untuk membantunya berfikir. Perlahan-lahan dia mengenal pasti beberapa perkara yang diingininya, hinggalah ke penghujung hari. Ini adalah percubaan yang mudah tetapi amat penting. Dalam Gestalt kami sentiasa berminat untuk meningkatkan kesahihan seseorang, dan menggunakannya untuk menyokong kualiti perhubungan.

Dalam eksperimen ini, Navin mempunyai peluang mencuba menjadi lebih tegas, dan bercakap lebih banyak sebagai dirinya sendiri dan menyatakan keiinginan hatinya. Ramai orang hidup dengan selesa dalam hubungan dengan menurut sahaja, tetapi kami lebih berminat untuk membawa perhubungan itu ke tahap yang lebih mendalam. Ini dimulakan melalui proses 'kemunculan diri', dengan apa yang kita rasa, mahu, dan siapakah diri kita. Ini membolehkan kita untuk menjadi lebih dikenali dan dilihat sebagai diri kita sendiri, dan meningkatkan keintiman dalam suatu perhubungan .

Dari segi jantina, wanita kelihatan seperti suka 'bertanggungjawab ', atau memastikan hasrat mereka dikabuli, didengari atau dan dijawab, tetapi ada keseimbangan- kerana mereka juga suka seorang lelaki menjadi pemimpin dalam cara yang baik. Dalam eksperimen ini kami mewujudkan satu cara yang selamat untuk Navin mencuba mengisytiharkan keinginannya terang-terangan. Eksperimen seperti ini sentiasa melibatkan beberapa risiko, walaupun ia hanyanya eksperimen yang dalam pemikiran. Mereka mewakili satu cara baru, dalam mendedahkan dan menyuarakan aspek diri yang cenderung sebagai latar belakang. Secara umumnya emosi dikaitkan dalam proses ini - sama ada kebencian dipendam atau kegembiraan, dan mungkin juga kedua-duanya. Perkara yang penting dalam mana-mana eksperimen adalah bukan hanya mengikut sahaja isi kandungan eksperimen itu, tetapi juga kerap menyedari nada emosi diri sendiri.



 Dicatat oleh:  Steve Vinay Gunther